BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 9, 2010

busy week~~

salam.

mnggu neh mmg mnggu bz lah..
klam kabut nk cri brg,isi2 borang,nk g amik cop la..huhu
biasa lah..last2 mnit bru nk bt..
3 hri nk g bru dk mike nk bli sluar lah,kmja lah,ksut lah,
ape nk jd lah nge aku ni kn3?.hehe

tggl 3 hri lg aku kt umh nehh..
msti wnduu sma my lover AROWANA ku..huu~
siapa la bg dye mkn tiap2 hri kn3?..tkar air dye 1bln skli,
dye pom msti wndu aku..haha

brg2 smo x pack ag neh..
bli brg pom xsiap2 ag.
aduuhhhh..kasut x bli ag..
esk nk g psing stu bundle t.merah lahh..hihi

ape nk jd lah ni..
otak pom msh nk rest lg..
mcm mna laa aku kt kolej tu..
kwn2 pom xde..seorg pom xde lg nehh..
mningkan btl..

ehh pning2..k lah..out dlu..wsalam..~

Thursday, July 1, 2010

10 tips elak boring dlm lif


1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya!
Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..(saba jika kne pnmpa)

2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya diam!"..(brsiap siaga tbalkn mka)

3. Pindahkan meja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat appoinment?..(jgn mrh ko pok gak,jiko dyo tngkap anda)

4. Anda pura-pura jadi pramugara! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang..(klu ore cop gilo saba la meta)

5. Ketika pintu menutup,beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, jap lagi die bukak balik!"..(bgos klu staro neh,,prmoh)

6. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Oksigen cukup tak kat situ?"..(klu ore tgok plek, wk rlek jah)

7. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar..(comfirm nti ado ore tgur,pah2 apo lg,,teckle lalu)

8. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah area SAYA"..(klu ado ore msk mrh lalu c2..('MG XNPOK GPO AKU TLIS?')

9. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.

10. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif..

cubalah korang bt 10 tips ni..slang stu tiap2 ari..pah2 kmen kt sni ape org bt kt awk smo..hahaah...sy kompon 110% msti korng HOT dkat U or tmpt kje..slmt mncuba.. :))

Monday, June 28, 2010

Assalamualaikum..!!!

xjwb mmg dosa bsar lah =))

plek eh,ttbe plak mlm ni tngan rse sngel nk update blog neh..haih..
dh lme tggl blog..bt taon lpas lg..tp2 x update pom..:D
ssah laa..pykit mlas ni sntiasa ada dlm dri aku neh..kata pptah,
d mna ada gula d stu ada semut..btl x eh?.mklum la..
dh bbrpa bln dh tggl pptah2 neh..huu~

ak msh plek lg neh..knpe la mlm ni aku nk sgt update blog neh..
knpe yea? knpe?..huhu..mybe aku dh bsan sgt kowt dk kt umah neh,,
dh xtaw nk bt ape lg..pes10 dh mng,nfs lg laa,adusshh..
mklum laa..dh lme sgt dk kat umh..dri last spm 09 lg..
dh dkt hmpr 7/8 bln kt umh..hah 7,8 bln??..lmo ohhh...ptt laa kn3..haha!!
ala..lme sgt x update,,tge dh ase kras je nk tlis neh,apatah lg otk..huhu
ermm..dh xtaw nk tlis ape dh..smo dh lari smo..sengal btl ;)
ckp lah bt mlm neh..nti2 aku update lg yea kwn2..hehee..
sbnrnye ak

tgh tggu world cup neh..antara chile vs brazil..hahaha..k2..nti smbng lg yea..
go2 england go..muaahhhhhhxx love u :D

Sunday, June 27, 2010

Bawa masuk teknologi imbasan gol






Bekas kapten England Alan Shearer hari ini menggesa teknologi video garisan-gol diperkenalkan dalam bola sepak selepas gol Frank Lampard melawan Jerman dinafikan.

Tendangan pemain tengah Chelsea Frank Lampard pada separuh masa pertama ketika kekalahan England 4-1 di Bloemfontein jatuh sekaki melepasi garisan gol, tetapi pegawai dari Uruguay itu gagal mengesannya.

Presiden FIFA Sepp Blatter telah berkeras menolak untuk mempertimbangkan kemungkinan teknologi video garisan-gol diperkenalkan tapi Shearer percaya sekarang dia harus kembali memikirkannya.

Dia mengatakan pada BBC 1: "Ini adalah contoh yang baik, semua bekas profesional dan pemain bintang mahukannya, setiap orang adalah menggesa teknologi garisan-gol kecuali untuk satu orang.



info-tokabaut.blogspot.com

Friday, January 22, 2010

live kelate vs johor fc BATAL

PENGUMUMAN RASMI KAFA: SAH TIADA LIVE GAME MALAM INI BAGI MENGHORMATI NEGERI JOHOR. LIVE MLM NI ANTARA TERENGGANU vs SELANGOR. WALAU BAGAIMANAPUN PERLAWANAN KELANTAN vs JOHOR FC BERJALAN SEPERTI DIJADUALKAN. SO PENUHI LA STADIUM KERAMAT KITA...

Sunday, January 3, 2010

ASAL USUL SOLAT

ASAL USUL SOLAT

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu
tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama
yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.
Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua
rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim
a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih
anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir
matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala
baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah
memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu
Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana
baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa
a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan
kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa
lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut,
iaitu:
Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha
Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti
Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu
Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada
ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan,
sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu
menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang
akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.
Terbitkan makna dalam kita mengerjakan solat
semoga dengan memahami bacaan
akan membuat kita lebih khusuk dalam solat.
Allah Maha Besar
(Takbiratulihram)
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang
musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon
pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan
jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
A l lah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi
bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi
bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati
ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau
tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun
yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah
Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas
keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
"Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup
ke NerakaMu.... kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah
jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal
dunia"
AKAN KU SAMPAI KAN WALAU SEBARIS AYAT
Assalamualaikum wbt...Salam Sejahtera

Dimana cantiknya seorang wanita?

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula
Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjdai mangsa tohmahan dunia
Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta
Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan
Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian
Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua
Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa
Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua
Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat
Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis
Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana.