BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 3, 2010

Adab-Adab Mandi.


Apabila engkau junub,sama ada kerana bermimpi atau jimak maka bawalah sebekas air ke bilik mandie dan mulakan dengan basuhan kedua tanganmu tiga kali dan tanggalkan segala kekotoran drpd badanmu kemudian hendaklah engkau berwudhuk seperti wudhuk y g enkau buat untk sembahyang berserta dgn segala doa-doanya dan kemudiankan membasuh kedua kaki mu supaya air tidak jadi sia2.
Apabila enkau sudah selesai drpd berwudhuk maka tuangkanlah air ke atas kepalamu tiga kali dan engkau berniat mengangkatkan(menghilangkan) hadas junub kemudian tuangkanlah air ke sebelah badan mu yg kanan dan diikuti dgn sebelah kiri dan gosoklah bahagian hadapan dan belakang drpd badanmu dan selat selati rambut di kepala dan juga janggutmu dan sampaikan air ke tempat2 yg berlipat-lipat drpd badanmu dan tempat tumbuh rambut,baik yg nipis mahupun yg tebal dan jgn sesekali engkau menyentuh kemaluanmu selepas berwudhuk tadi dan jika tersentuh ulangi wudhukmu sekali lagi.
Dan perkara2 yg wajib dalam mandi ialah:

1.niat

2.menghilangkan najis dari badan

3.meratakan air ke seluruh anggota badan


Dan perkara2 yg wajib dlm wudhuk ialah:
1.niat

2.membasuh muka sekali

3.membasuh kedua tgn sampai ke dua siku juga sekali

4.menyapu sebahagian drpd kepala sekali

5.membasuh kedua kaki sampai ke buku lali sekali

6.tertib

Dan yg lain drpd itu hukumnya sunat muakkad dan kelebihannya sangat banyak,pahalanya sangat besar dan org yg tidak mengambil berat dgn yg sunat ini adalh rugi bahkan boleh membawa yg wajib kpd bahaya,kerana perkara2 yg sunat merupakan penampung kpd kekurangan yg ada pada yg wajib......sekiannn.........

0 comments: